Khamis, 2009 November 12

Aku dan Sejarah


Cuba tengok gambar lelaki tua di atas ni? kenal tak?...


Nama beliau MAT KILAU seorang PEJUANG KEMERDEKAAN


Ni gambar beliau semasa bertemu Menteri Besar Pahang


Beliau diusung ke masjid Pulau Tawar


Tataplah wajah ini...


Beliau sedang diwawancara oleh media, beliau sempat menceritakan arwah ayahnya Tok Gajah, mati di hadapan mata beliau. Mati di bukan kampung halaman sendiri...


Beliau sedang sakit...


Lelaki Sial yang bernama Hugh Clifford inilah yang membuatkan hidup Mat Kilau dan keluarganya sengsara sepanjang hidup. Beliau ada ilmu kebal yang dituntut dari siam..beliau memang macam iblis

Ketika entry ini ditulis, aku baru sahaja menghabiskan bacaan aku pada sebuah karya sejarah oleh Abdul Talip Latip. Buku berjudul Mat Kilau tu baru je aku beli pukul 7.30 malam tadi di Giant Batu Caves. Aku mula membaca pada pukul 10.30pm.

Sehinggalah pukul 4.30 pagi, baru aku selesai membaca. Satu kepuasan bagi aku. Buku berharga RM21.00 itu sangat bermakna. Banyak sejaran perjuangan Mat Kilau yang aku dapat. Memang beliau seorang tokoh yang hebat. Beliau dilahirkan untuk menjadi pahlawan, namanya akan dikenang oleh generasi yang celik sejarah pada suatu masa nanti..

Mungkin budak-budak sekarang, terutamanya budak-budak perempuan tidak lagi meminati sejarah dan tidak mahu mengambil tahu hal berkaitan sejarah. Namun aku agak berlainan sedikit. Pemikiran aku terlalu suka untuk berfikir. Bagi aku, teks sejarah di sekolah yang ditulis oleh BRITISH tu langsung tidak mengambarkan sejarah Melayu yang sebenar. Misalnya mereka mengatakan Mat Kilau telah mati di pada 1895. Sedangkan pahlawan tersebut masih hidup ketika itu. Orang putih tak tahu sejarah..tak percaya ilmu persilatan melayu. Kerana itu tiada dalam teks sejarah kita tentang kehebatan Mat Kilau, Pawang Nong, Abdul Rahman Limbong, Kiai Salleh, Si Bongkok Tanjung Puteri, Rosli Dhobi, Rentap dan ramai lagi tokoh-tokoh yang lain. Pihak kementerian sendiri seolah-olah tiada inisiatif untuk memasukkan silibus berkenaan dengan pahlawan-pahlawan melayu ini.

Paling sedih, bila nama seorang Cina dan seorang India (faham-faham dah la) yang turut serta semasa rombongan Tunku ke London turut disebut sebagai tokoh kemerdekaan. Sedangkan orang yang bermandikan darah, hidup merempat, tinggal di dalam hutan, hidup tiada bernegeri, kehilangan keluarga, kehilangan harta benda demi menghalau penjajah tidak disebut sebagai tokoh kemerdekaan...Semoga bumi melayu ini akan berkata suatu hari nanti, bahawa darah pahlawan-pahlawan melayu telah menitik di atas mereka semasa memperjuangkan kemerdekaan.

Di atas robohan Kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka
Bersatu padulah segenap baka
Membela hak keadilan pusaka.
-Karya Dr. Burhanuddin Al-Helmy

Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika pusaramu tanpa bunga
Mereka mengatakan kau penderhaka
Engkau tetap pahlawan
Sungai Pahang berubah merah
Rumput tebingnya segala musnah
Satu satu pahlawan rebah
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat.
-Karya Usman Awang

Seperti juga di Lepar Utara, mungkin ramai yang akan melupakan banyak peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku di Lepar Utara. Misalnya peristiwa kedatangan Tengku Mahkota Pahang, Pembunuhan seorang peneroka Felda pada awal 90an, ribut dan puting beliung yang berlaku baru-baru ni,dan banyak lagi peristiwa yang bakal menjadi kenangan semata-mata.

Bagi orang lain aku tak tahu. Tapi aku secara peribadi sangat mencintai sejarah. Aku mengkaji sejarah sehingga ke Asia Tenggara, kenapa dan mengapa Siam tidak dijajah misalnya. Hanya sejarah yang mengajar siapa kita sebenarnya. Sayangnya terlalu ramai di antara kita yang tidak tahu sejarah. Kerana itu ramai yang memangkah UMNO (aaahh..termasuk bab politik pulak dah!!)

BudakFelda: Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Mat Kilau dan rakan-rakan seperjuanganya..AlFatihah




Tebing sungai Pahang inilah pernah berlaku pertempuran antara pejuang Pahang dan Penjajah


Masjid Pulau Tawar, tempat MAT KILAU mengistiharkan diri beliau, pada tahun 1969


Temerloh/Semantan..bandar yang penuh sejarah dan ramai Pahlawan




Buku yang baru aku beli..


Mereka bermain-main di tebing sungai Pahang, tahukah mereka bahawa sungai tersebut menyaksikan mengalirnya darah Pahlawan Melayu. Diceritakan juga, semasa beliau ingin pulang ke Pahang, beliau bersumpah tidak akan minum air sungai Pahang


Tadika yang akan menjadi sejarah kepada aku


Lori hantu..hanya tinggal kenangan

2 comments:

Jejaka Desa berkata...

Moh same2 sedekohkan Al-Fatihah buat moyang Mat Kilau

BudakFelda berkata...

Ye..serta kepada pejuang2 melayu yang lain spt Abd Rahman Limbong, Tok Gajah, Mat Kelubi, Mat Ali, Awang Nong, Datuk Maharaja Lela, Tok Sagor, Si Bongkok, Rosli Dhobi dan lain2 lagi

Catat Ulasan

Pengomen yang menggunakan ID Tanpa Nama, Anonymous, menggunakan link palsu akan dipadam. Komen yang merosakkan "akidah", dan komen berunsurkan politik sesat juga akan dipadam.

Blog Widget by LinkWithin